1.0 PENDAHULUAN
Pemupukan cintakan bangsa
dan negara perlu diterapkan seawal mungkin kepada kanak-kanak dalam usaha
merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Oleh yang demikian, Kementerian pelajaran
Malaysia telah memutuskan supaya aktiviti 1Malaysia dilaksanakan di peringkat
prasekolah dengan menggunakan sumber kewangan dan keupayaan sumber manusia yang
sedia ada di sekolah masing-masing. Gagasan untuk membina kekuatan melalui
perpaduan nasional dan semangat kerjasama merupakan hasrat 1Malaysia. Dari itu,
pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha
memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, baik semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, mahu pun dalam aktiviti sokongan kurikulum.
Sewajarnya Modul Aktiviti
1Malaysia Peringkat Prasekolah ini amat relevan dijadikan panduan untuk guru
bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan aktiviti 1Malaysia di peringkat
prasekolah. Adanya aktiviti yang dirancang diharap dapat dijalankan ddengan
jayanya dan mencapai objektif memupuk perpaduan di peringkat prasekolah selain
dapat meningkatkan keyakinan diri serta menerapkan unsur keseronokan di dalam
pembelajaran secara tidak formal ke dalam setiap jiwa kanak-kanak serta dapat
membina pengetahuan melalui penemuan dan penerokaan kendiri.
Secara tak langsung
aktiviti ini memberi impak positif kepada kanak-kanak prasekolah dalam
meningkatkan keyakinan diri serta dapat memperkembangkan potensi mereka secara
menyeluruh dan bersepadau dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.
2.0 OBJEKTIF AKTIVITI
Bagi mencapai visi dan
matlamat negara serta mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dan
mempunyai semangat cintakan negara berasaskan Perlembagan Negara dan Rukun
Negara. Secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kanak-kanak prasekolah
dengan sikap dan semangat saling menghormati kearah membentuk satu Negara
Bangsa.
· Pendidikan awal di prasekolah
mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat, baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, mahupun dalam aktiviti sokongan kurikulum.
· Penerapan kesemua nbilai 1Malaysia
bermula pada peringkat prasekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam
usaha kearah meralisasikan 1Malaysia.
· Memupuk jalinan sosial yang kukuh
melalui proses mengenali dan memahami budaya dan agama masing-masing seawall
usia yang mungkin. Kanak-kanak ini juga didedahkan dengan budaya di luar
lingkungan masing-masing demi mencapai perpaduan negara dan persefahaman sesama
mereka.
· Membolehkan knak-kanak berbilang
kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membolehkan mereka memahami
adat dan budaya yang pelbagai.
· Menyemai nilai-nilai dan semangat
kekitaan, jati diri serta patriotism dalam diri kanak-kanak sejak dari awal
lagi.
· Menjadikan prasekolah sebagai
institusi sosial awal yang berpaksikan perpaduan antara kaum di Malaysia.
3.0 PELAKSANAAN
3.1 TAKWIM PERLAKSANAAN
AKTIVITI
BIL
|
AGENDA
|
TARIKH
|
1
|
Aktiviti
Kenegaraan
1.
Menyanyikan lagu Negaraku dan
mengikuti perhimpuan perdana sekolah.
2.
Melafazkan ikrar Rukun Negara.
|
30
Julai 2012
30
Julai 2012
|
2
|
Aktiviti
Perayaan 1Malaysia
1.
Hari Gawai
2.
Merdeka Raya
|
4
Julai 2012
30
Ogos 2012
|
3
|
Aktiviti
Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah
1.
Kolaj bunga raya
2.
Permainan kecil- congkak.
|
11
ogos 2012
|
4
|
Aktiviti
Sambutan Hari Malaysia
1.
Mewarnakan bendera Malaysia dan
bendera Sarawak.
2.
Persembahan kanak-kanak prasekolah
|
9
Ogos 2012
16
Mei 2012
|
5
|
Aktiviti
Sambutan Hari Kemerdekaan
1.
Pertandingan pakaian beragam
Prasekolah
|
30
Ogos 2012
|
3.2 LAPORAN AKTIVITI
3.2.1
Aktiviti Kenegaraan
a) Nyanyian lagu
Negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwi dan
lagu Sekolah
Pada
setiap perhimpunan perdana sekolah sama ada pada setiap hari isnin atau hari
keramaian yang dianjurkan oleh sekolah, prasekolah wajib mengikuti program yang
telah diadakan oleh pihak sekolah. Kanak-kanak prasekolah turut berbaris ikut
barisan yang telah ditetapkan bagi memastikan keseragaman kedudukan mereka di
tapak perhimpunan sekolah.
b) melafazkan ikrar rukun
Negara
Selepas nyanyian lagu
Negaraku, lagu Sarawak ibu pertiwiku dan lagu sekolah. Kanak-kanak turut
mengikut bacaan ikrar rukun Negara. Kanak-kanak perlu berdiri tegak sambil
mengangkat tangan separas bahu.
3.2.2
Aktiviti Perayaan 1Malaysia
a) Sambutan Hari Gawai
Bagi menyemaikan semangat
perpaduan antara kaum dan semangat persahabatan diantara kanak-kanak
prasekolah, Sambutan Hari Gawai diadakan pada 4 Julai 2012 yang lepas.
Ketiga-tiga kelas prasekolah Kanak-kanak menggunakan pakaian kebangsaan ikut
kaum masing-masing. Kanak-kanak amat gembira datang ke sekolah sambil membawa
sedikit buah tangan untuk menyerikan majlis sambutan Hari Gawai peringkat prasekolah
bagi sesi 2012.
b) Sambutan Merdeka Raya
Dalam menyemarakan
semangat merdeka di kalangan kanak-kanak prasekolah, mereka turut terlibat
dalam acara yang telah dianjurkan oleh sekolah pada 30 Ogos 2012. Kanak-kanak
prasekolah telah mengambil bahagian dalam aktiviti pertandingan pakaian beragam
bertemakan semangat patriotik.
Di
samping itu mereka turut membuat acara sambutan hari Raya di dalam kelas
prasekolah. Seperti sambutan Hari gawai yang lalu, kanak-kanak turut
menceriakan suasana dengan pakaian kebangsaan kaum masing-masing dan membawa
sedikit juadah untuk dikongsikan bersama dengan kawan-kawan.
Perkara yang menarik untuk
dikenangkan adalah mereka boleh menceritakan suasana sambutan hari gawai dan
hari raya bersertakan merdeka raya. Di wajah mereka mencerminkan perasaan
gembira bergaul dan bersama dengan kawan pelbagai jenis kaum dan agama. Oleh
itu suasana yang ditunjukan dapat menjalinkan satu ikatan perpaduan yang
diwar-warkan oleh pemimpin kita.
3.2.3
Aktiviti Pusat Kreatif 1Malaysia.
1) Kolaj Bunga Raya
Bunga
raya merupakan lambang negara Malaysia dan
5 kelopaknya melambangkan lima prinsip rukun negara. Kanak-kanak
diperkenalkan dengan bunga raya. Di samping itu mereka bersoaljawab dengan guru
mengenai bunga raya yang biasa mereka lihat. Guru menerangkan keistimewaan
bunga raya kepada mereka. Sambil mereka bermain, mereka faham kelopak Bunga
raya membawa maksud lima prinsip rukun negara yang selalu disebut dalam ikrar.
Bagi memudahkan mereka mengingati bunga raya mempunyai lima kelopak, guru
membuat aktiviti kolaj bunga raya untuk mereka lakukan. Aktiviti dilakukan
secara individu. Kanak-kanak amat seronok dan tekun membuat aktiviti mereka
masing-masing.
2) Permainan Congkak
Permainan
congkak merupakan permainan tradisional dan dimainkan oleh dua orang pemain.
Guru memperkenalkan permainan congkak kepada kanak-kanak dan mengajar cara
bermain congkak. Bila ada masa luang selepas mereka habis membuat aktiviti
menulis atau membaca, mereka bermain congkak dengan kawan-kawan mereka. Di
sini, memupuk semangat sabar dan menunggu giliran serta melihat kecekapan
mereka bermain
3.2.4
Aktiviti Sambutan Hari Malaysia.
1) Mewarnakan bendera
Malaysia dan bendera Sarawak
Kanak-kanak amat peka
kepada bendera yang ditunjukkan kepada mereka dan suka bertanya jenis bendera
yang diperkenalkan kepada mereka. Guru memperkenalkan bendera Malaysia.
Kanak-kanak dapat menyatakan warna pada bendera dan boleh menyanyikan lagu berkaitan
dengan warna bendera Malaysia. Di samping itu, guru juga menggunakan buku besar
berkenaan bendera kebangsaan. Kanak-kanak memahami warna, bentuk, jalur dan
rupabentuk bendera Malaysia. Iaitu empat warna, ada bintang dan bulan sabit,
tujuh jalur warna merah dan tujuk jalur putih.
Kanak-kanak dapat
bekerjasama mewarnakan gambar dalam kumpulan mereka masing-masing. Selepas itu,
mereka diperkenalkan dengan bendera negeri Sarawak. Guru menunjukkan peta
Malaysia dan kanak-kanak mencari dimana kedudukan negeri Sarawak di dalam peta
berdasarkan bendera Sarawak. Kanak-kanak dapat mengenali warna bendera dan
rupabentuk bendera Sarawak. Kanak-kanak juga diberikan aktiviti mewarnakan
bendera Sarawak.
2) Persembahan Kanak-kanak
Prasekolah
Bagi mencungkil bakat
terpendam kanak-kanak prasekolah, mereka dilatih untuk membina keyakinan diri
bila berada dihadapan khalayak ramai. Kanak-kanak prasekolah tidak ketinggalan
membuat persembahan. Bagi kanak-kanak prasekolah perdana, iaitu adik Nurfahreen
bin Mat dan adik Alyaa Syafiqah bt Bolkiah, bakat bersajak mereka amat menarik
hati penonton, Mereka mampu mengingati rangkap sajak mereka. Mereka telah
menyampaikan sajak guru bersempena hari guru pada 16 mei yang lalu.
4.0
IMPAK
Hasil daripada
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, saya dapati sekiranya dibuat dengan
perancangan yang lebih teliti dan tersusun, pastinya aktiviti-aktiviti yang dibuat
lebih bermakna serta lebih baik lagi kesannya kepada kanak-kanak.
5.0
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI
Bagi membuat
penambahbaikan aktiviti pada masa akan datang, saya akan mencuba membuat
perancangan lebih awal supaya ianya dapat dijalankan dengan lancar. Saya dan
rakan-rakan berharap aktiviti-aktiviti dapat\ dimulakan pada semester pertama
lagi.
No comments:
Post a Comment